Wednesday, February 13, 2019

Family Moon ~ Cameron Highland


Assalamualaikum ❤

Cuti sekolah December Planning dengan Family pergi bercuti mana ?
kak syip punya family semua jenis otak seminit tak rancang pon nak pergi bercuti terus cakap dekat abang (abg kandung) jom pergi cameron highland bawak mak pergi jalan-jalan lepas tu malam tu jugak kita orang satu family bertolak pergi cameron gigih weyh tengah - tengah malam panjat bukit, mak kak syip dok istighfar banyak kali weii 😂😂 sebab ikut perangai gila anak-anak bejalan waktu malam. 

Last minit cari homestay nasib la ada sebab time cuti sekolah selalunya penuh, dapat la satu homestay ni owner dia baik siap tunggu lagi kami sampai nak dekat pukol 1 pagi jugak la. Sampai ja pi tuju kat homestay dulu, bila masuk puas hati Homestay selesa, bersih & kemas. Berbaloi rasa bayar mahal walaupun sampai lambat. 

 (tekan link lokasi Homestay ni kalau hampa nak tau dekat mana )










hampa tengok la sendiri macam mana puas hati selesa kan dalam rumah ada 3 bilik dan 2 bilik air, jadi bagi family yang nak pi bercuti ramai-ramai hampa pilih ja homestay macam ni. 
(016-9382669 ni no owner homestay ni hampa contact ja dia harga memang terbaik boleh bawak bincang. Ada lagi kawasan perumahan homestay ni senang cari tempat makan tak perlu risau nak makan pagi ada macam-macam hampa pilih ja nak apa benda semua ada.

Bila pi bercuti waktu cuti sekolah ni keadaan biasa jalan jem ni toksah kata macam boleh berkhemah atas jalan raya cuti sekolah semua jalan-jalan bawak keluarga. Pusing punya pusing jumpa la ladang stawberry anak buah kak syip nak petik buah stawberry sendiri jadi kami pon singgah la dekat Abang stawberry ni.


 bergambar kejap buat konang-konangan



kemain Excited budak ni nak petik stawberry lepas habis cuti bukak sekolah hilang la semua lemak-lemak malas yang ada.






kak syip pon tumpang excited nak petik stawberry kat sini stawberry dia gemok-gemok, merah pulak tu geram tengok rasa nak ngap masuk mulut ja..







Maktok pon excited peace yo dengan cucu boleh la tu.✌✌




Masuk ladang cactus tapi tak beli pon kak syip bukan sejenis yang suka tanaman pokok-pokok ni bila lalu tu pandang sebelah mata ja deknon 💃 jadik ais stick stawberry ni ja yang kak syip beli, sedap ais stick ni rasa stawberry dia kaw kaw macam nak beli bawak balik banyak-banyak jual kat penang tapi tak boleh belum sampai penang dah terkulai cair.

Nanti boleh la repeat lagi pergi cameron highland kak syip tak habis teroka lagi 👀 nak pergi  yang bukan waktu cuti sekolah pulak baru tak bersesak jalan raya rasa menyesal pon ada pi waktu cuti jalan jem tu boleh bagi hilang kesabaran. (sabor je lah) 😖


Thursday, November 8, 2018

Kepercayaan dalam Perhubungan


Assalamualaikum,

Terasa nak share dengan hampa sikit tentang topik kepercayaan sebab kak syip dah banyak ubah diri kak syip untuk sebuah kepercayaan, bukan mudah sebenarnya kak syip nak letak kepercayaan dekat orang.

Selain dari ahli keluarga dan sahabat baik, si dia jugak tidak terkecuali dalam hidup kak syip untuk nak letakkan sebuah kepercayaan, bukan mudah sebenarnya banyak jugak menilai dan menguji si dia tapi akhirnya dia berjaya untuk buat kak syip memberi kepercayaan. Apa yang kami buat untuk wujudkan kepercayaan tu meh nak share sikit.

1. Sentiasa berkongsi masalah 

Dalam perhubungan sesibuk mana pun kita ditempat kerja kita memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah mendengar setiap luahan yang terjadi seharian. Oleh itu jadilah pendengar yang setia untuk pasangan masing-masing, dengan berkongsi setiap masalah yang berlaku nilai  kepercayaan akan wujud tanpa kita sedar kerana kita sentiasa memerlukan seseorang yang kita percaya bila memerlukan.

2. Sentiasa berkata jujur dalam semua hal

Kejujuran merupakan pekara yang amat penting dalam meletakkan kepercayaan kepada seseorang, tidak semua orang mudah untuk berkata jujur jika kejujuran dikhianati bukan senang dah kak syip nak percaya jadi konsep nak berkawan dengan kak syip mudah cakap jujur ja, kalau cakap tipu kantoi maap ler lepas ni apa yang hang kata satu pun dah tak betoi bagi kak syip.

3. Luaskan pemikiran dengan kematangan/ubah pola pemikiran
  
Benda ni pekara yang paling sensitif sikit bagi kak syip sebab jenis suka memikirkan pekara yang di luar jangka dan kadang benda tu tak terjadi pun sebenarnya tapi emosi perempuan faham2 lah mesti fikir yang lebih negatif tentang pasangan berbanding pekara positif dalam hal ni dia banyak ajar kak syip untuk berfikiran lebih matang menyelesaikan satu persatu soalan negatif kak syip tanpa sebarang emosi dengan keadaan yang tenang sekaligus kak syip akan rasa tenang dan percaya kat dia.

Kesimpulan dia kat sini kalau kita letak kepercayaan banyak mana sekalipun tetapi orang yang kita percaya tu hancurkan tak guna jugak sebenarnya (redha je la) mood nak share tips dengan hampa ni mai bila kak syip sedar kak syip dah banyak berubah sebenarnya (hahahaha percaya la) dari seorang yang pemarah susah nak percaya orang sekarang semua perasaan tu hilang pi mana entah. Semoga terus istiqomah ye untuk diri kak syip chaiyokkk hahahaha.